Teknik bercerita adalah teknik yang sangat menarik dan mudah digunakan oleh para pendidik dengan tujuan untuk menarik minat kanak-kanak dalam sesi pembelajaran yang dijalankan. Pelbagai mata pelajaran boleh diajar menggunakan teknik bercerita. Dengan menggunakan teknik bercerita, kita boleh mengasah perkembangan kemahiran mendengar dan dapat menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.
Antara teknik-teknik bercerita yang sesuai dengan kanak-kanak ialah melalui:
Bahan bacaan
Pilih bahan bacaan yang mempunyai gambar yang berwarna dan menarik dengan bilangan muka surat yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak.
Alat bantu mengajar (ABM)
Antara ABM yang boleh digunakan adalah boneka, permainan dan bahan maujud.
Pementasan teater, drama ringkas atau role play
Teknik ini dapat menghidupkan suasana yang seakan-akan realiti (mencipta suasana mengikut jalan cerita yang diperlukan). Beri watak-watak menarik kepada anak-anak seperti super hero, haiwan atau pekerjaan. Penggunaan props seperti kostum juga memainkan peranan untuk menjadikan penceritaan lebih berkesan.
Bercerita secara individu
Bercerita melalui suara, mimik muka, ekspresi gerak mata dan juga pergerakan anggota badan juga antara teknik penyampaian bercerita yang berkesan.
Nyanyian
Menyelitkan sedikit nyanyian sepanjang bercerita agar kanak-kanak tidak bosan dan sesi bercerita akan jadi lebih menarik. Nyanyian boleh disertakan dengan pergerakan menari yang ringkas dan mudah yang boleh diikut oleh anak.