6 Tip Hebat untuk Mudah Mengajar Anak

Monalisa Harun Chong

Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia.

Mengajar anak sememangnya tidak mudah apatah lagi jika anda bekerja. Kesibukan dan kepenatan di pejabat pasti membataskan niat untuk mengajar anak. Amalkan 6 tip hebat ini secara konsisten bagi memudahkan mengajar anak. Selamat mencuba!

  1. Adakan jadual rutin belajar setiap hari supaya kanak-kanak terbiasa dengan waktu belajar.
  2. Luangkan hanya 5 minit, selama 3 kali sehari untuk mengajar membaca dan dilakukan secara konsisten.
  3. Pastikan ruang belajar anak selesa dan bersih.
  4. Izinkan mereka bermain selepas belajar. Pastikan masa bermain dan maklumkan kepada kanak-kanak. Contoh, “Amy boleh main dalam 10 minit dan selepas itu Amy perlu baca buku dengan ibu@cikgu.”
  5. Sediakan air masak untuk kanak-kanak minum supaya kanak-kanak sentiasa cergas dan aktif sewaktu aktiviti dijalankan.
  6. Pelbagaikan aktiviti supaya kanak-kanak sentiasa teruja untuk belajar.