Anak anda tidak berminat dengan subjek Sains?

Cubalah...

SAINS AWAL PRASEKOLAH

Kunci Cara Berfikir Untuk Kejayaan Hidup

Pengalaman Saintifik yang Sistematik, Kritis dan Kreatif!

Icon Kaedah-01

SISTEMATIK

Anak anda akan dilatih untuk berfikiran sistematik dengan menggunakan pendekatan eksperimen untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman saintifik.

Icon Kaedah-02

KRITIS

Anak anda akan berfikiran kritis dalam membuat inkuiri, penerokaan, mereka cipta dan membuat kesimpulan melalui uji kaji yang disediakan.

Icon Kaedah-03

KREATIF

Anak anda akan berfikiran kreatif dalam mengemukakan idea-idea baharu untuk menghadapi sesuatu permasalahan dan berkebolehan untuk menyelesaikannya melalui eksperimen saintifik.

SAINS AWAL PRASEKOLAH LENGKAP kerana…

  • Pakej Sains Awal Prasekolah terdiri daripada Buku Panduan Eksperimen sebagai panduan untuk guru/ibu bapa dan Buku Makmal untuk anak.
  • Pendekatan dan kandungan pembelajaran yang sesuai untuk anak pada peringkat 4-6 tahun.
  • Menepati garis panduan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan garis panduan yang diakui antarabangsa untuk mengajar awal sains.
  • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dalam Buku Panduan Eksperimen memudahkan guru/ibu bapa laksanakan.
  • Pendekatan eksperimen dan aktiviti sains dalam Buku Makmal membina kemahiran saintifik anak-anak.

TEKS SAINS AWAL PRASEKOLAH 1

Setiap unit dalam Buku Teks Sains Awal Prasekolah mengandungi:

  • Konsep sains yang selaras dengan sukatan subjek sains prasekolah serta penggunaan istilah-istilah sains yang penting semasa menjalankan aktiviti.
  • Senarai bahan yang diperlukan serta langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas sesuatu eksperimen.
  • Cadangan perbincangan yang berkaitan dengan eksperimen sambil menilai pemahaman anak-anak.

SAINS AWAL PRASEKOLAH

Pakej ‘Sains Awal Prasekolah’ disusun secara sistematik mengikut tahap perkembangan umur anak-anak supaya pembelajaran dan kajian sains boleh dilakukan bersama anak-anak dengan jayanya.

Semua aktiviti atau eksperimen menggunakan bahan yang mudah dicari dan dikaitkan dengan persekitaran kehidupan harian.’