Aktiviti Tambahan untuk Anak Seawal 2 Tahun

  • Reading time:2 mins read
  • Post category:Komunikasi

Zairani A. Hamid

Penulis dan Pembimbing kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ dan ‘Bacalah Jawi’.

Bagi anak-anak yang baru mula hendak belajar membaca, kita biasanya terus terjun kepada huruf dan perkenalkan nama atau bunyinya.

Kita tunjuk huruf ‘a’ dan beritahu anak “ini huruf a”, ini huruf b, ini huruf c dan sebagainya. Masa malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Rasulullah SAW, Jibril hanya berkata, “Iqra'”.

Masa tu tak ada pun buku. Al-Quran dibukukan lama selepas tu.

Maka sama juga dengan mengajar membaca – kita bermain-main dengan bunyi sahaja dulu. Inilah yang kita namakan phonemic awareness.

Phonemic awareness itu penting tetapi ianya hanya sebahagian daripada reading instruction. Ianya perlu diajar walaupun sekejap.

Kajian mendapati bahawa blending dan segmentation adalah 2 skill yang perlu diajar pada peringkat auditori. Belum masuk kepada memperkenalkan huruf secara visual ataupun teks lagi.

Oral activities ini antaranya ialah:

  1. Rhyming – Mana satu yang rhymepin, tin, van.
  2. Padankan perkataan yang bermula dengan bunyi yang sama – pen, pensel, pin, semut.
  3. Gabungkan bunyi mmm aaa nnn – man.
  4. Apakah bunyi di awal perkataan bas?

Semua ini dilakukan secara auditori. Jangan tunjuk hurufnya macam mana, macam mana lagi.

Aktiviti sebegini boleh dimulakan dari awal lagi setiap hari untuk 2-3 minit sambil-sambil apabila anak sudah boleh bercakap – 2 tahun ke 3 tahun.

Ini tambahan untuk aktiviti biasa kita dengan anak. Aktiviti membaca buku bersama anak, aktiviti berbual-bual dengan anak – yang itu mesti diteruskan. Selamat mencuba.

Selamat Mencuba! Share jika bermanfaat