BUKU AKTIVITI & LATIH TUBI PRASEKOLAH
Merangkumi Semua Subjek yang Diperlukan oleh Tadika
MESRA KANAK-KANAK
Buku Aktiviti Prasekolah KSPK diolah mengikut umur dan perkembangan kanak-kanak. Terdapat 3 buah buku utama bagi setiap mata pelajaran untuk kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun yang disusun secara sistematik dan bertahap.
BERLANDASKAN KSPK
Isi kandungan memenuhi kehendak standard kandungan dan pembelajaran dalam KSPK. Ini memudahkan guru menyusun pengajaran dan pembelajaran dengan memfokus kepada aktiviti latih tubi yang akan meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak.
MENGHIBURKAN
Menarik minat kanak-kanak dengan konsep belajar melalui aktiviti bermain, bernyanyi dan bercerita yang menyeronokkan.
Apakah Kelebihan Buku Aktiviti Prasekolah KSPK?
- Sesuai dengan perkembangan umur kanak-kanak 4, 5 dan 6 tahun
- Memenuhi kehendak standard kandungan dan pembelajaran dalam KSPK
- 41 judul buku yang lengkap bagi memenuhi setiap tunjang KSPK (lihat senarai pesanan)
- Halaman berwarna-warni penuh dengan ilustrasi yang menarik
- Kemahiran motor halus seperti menconteng, mewarna, menyalur, menyambung, dan menyalin dikembangkan menurut sistem tersusun
- Padat dengan aktiviti pelajaran, pengukuhan dan pengayaan yang menepati KSPK semakan terkini
- Mempunyai akses internet “QR Code” yang mengandungi pelbagai video, audio dan lagu-lagu yang menyeronokkan
- Menerapkan aktiviti dan soalan berkonsepkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi merangsang minda kanak-kanak
- Menarik minat kanak-kanak dengan konsep belajar melalui aktiviti bermain, menyanyi dan bercerita
Memudahkan Pembelajaran dan Pengajaran
Tugas sebagai guru tadika memang mencabar. Bahan pengajaran yang sesuai perlu disusun rapi dan dapat merangsang minat kanak-kanak. Buku Aktiviti KSPK memudahkan guru untuk mencapai objektif pengajaran dengan pendekatan yang bersepadu melalui pelbagai aktiviti menarik. Tambahan lagi isi kandungan terpilih mempunyai akses internet “QR code” yang mengandungi video, audio dan lagu-lagu yang menghiburkan. Pastinya anak-anak tidak mudah bosan.
BUKU AKTIVITI & LATIH TUBI PRASEKOLAH
Pakej buku akitiviti dan latih tubi prasekolah disusun sesuai untuk anak-anak prasekolah 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun.
Pakej 41 judul buku disusun untuk membentuk keupayaan literasi dalam bidang bahasa melayu, english, jawi, bahasa arab dan al-Quran: keupayaan sains & teknologi melalui pakej Awal Sains dan Awal Matematik dan keupayaan seni dan estetik dalam pakej Let’s Colour & Read dan Cut & Paste.