Anak Kecil Anda Obses Dengan Gajet?

Kurangkan masa anak anda dengan gajet,

luangkan masa mereka dengan majalah prasekolah terkini,

MAJALAH AWAL

Membentuk Anak Kritis, Kreatif & Inovatif

Majalah Awal Terbaik Untuk Anak Anda Kerana...

MENGHIBURKAN

Anak-anak terhibur melalui pelbagai isi kandungan bertema dan aktiviti yang menarik. Tema berbeza diperkenalkan dalam setiap edisi.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Anak-anak berkemahiran untuk berfikir melalui isi kandungan yang mampu mencetus daya pemikiran anak menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif.

BERAKHLAK

Anak-anak diterapkan akhlak yang mulia agar mampu membezakan antara yang baik dengan buruk melalui aktiviti yang mengambil kira perkembangan emosi mereka.

Majalah Awal Membentuk...

Kemahiran Literasi

Perkembangan Kreativiti

Perkembangan Akhlak

Aktiviti Minda Cerdas

"Majalah AWAL disusun mengikut peringkat usia anak dan sesuai digunakan bagi pembelajaran di tadika. Isi kandungan majalah adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan dipersembahkan dalam bentuk cerita dan aktiviti yang merangsang kemahiran berfikir anak. Majalah AWAL adalah satu bahan tambahan mengajar yang amat sesuai dimiliki oleh anak-anak di tadika"
Dr. Zainiah Mohamed Isa
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara, UPSI
"Dapat saja majalah AWAL, murid-murid terus bertanya, “Kali ni kita nak buat apa, teacher?” Semua tak sabar hendak mencuba aktiviti yang ada dalam majalah seperti eksperimen, resipi dan kraf. Ibu bapa juga terlibat sama dalam proses pengajaran sebab murid akan bawa balik majalah ke rumah untuk dibuat bersama ibu bapa. Alhamdulillah, perkongsian mendidik ini menjadi Berjaya dengan sokongan ibu bapa."
Puan Fatimah Syam
Pengusaha Tadika Aura Khalif

MAJALAH AWAL

Pakej Majalah Awal kini dengan 28 edisi disusun menarik seperti berikut:
  • Dengan 32 halaman segmen teks dan 16 halaman segmen aktiviti bagi setiap edisi, anda pasti tak kering idea untuk melaksanakan pembelajaran dengan anak.
  • Aktiviti Minda Cerdas merupakan kesinambungan daripada isi kandungan majala yang didatangkan dalam bentuk sisipan dengan 11 aktiviti menarik untuk pengukuhan.
  • Segmen Bijak Berbahasa memperkenalkan 4 buah cerita menarik dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang memfokuskan kepada pendekatan bacaan bersama. Ada 4 cerita baharu dalam setiap edisi untuk bercerita bersama anak.