MATEMATIK AWAL PRASEKOLAH

Matematik yang Mudah dan Ceria untuk Prasekolah

Anak Anda Akan Menguasai Matematik Dengan Aktiviti Praktis, Mudah & Berkesan

Icon Kaedah-13

PRAKTIS

Pendekatan “belajar melalui bermain” membolehkan anak-anak meneroka konsep matematik secara praktis dan ceria. Pelbagai aktiviti disusun dengan memanfaatkan bahan-bahan yang mudah diperoleh. Anak meneroka kemahiran dan ilmu matematik melalui pengalaman sendiri bukannya secara abstrak.

Icon Kaedah-14

MUDAH

Kaedah ini disusun mengikut tahap perkembangan anak. Aktiviti disusun daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang lebih mencabar. Minat anak dipupuk apabila matematik dikaitkan dengan kehidupan harian. Panduan pengajaran yang lengkap juga disediakan untuk ibu bapa dan guru.

Icon Kaedah-15

BERKESAN

Kaedah ini berkesan kerana membentuk keupayaan anak untuk menghargai matematik, yakin dengan kebolehan matematiknya, menggunakan matematik untuk berkomunikasi melalui penggunaan nombor, simbol dan perkataan serta membuat penjelasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara matematik.

Apakah Kesannya Jika Anak Anda Tidak Mahir Matematik?

  • Anak anda tidak dapat berkomunikasi secara kuantitatif. Kelemahan matematik membantutkan pemikiran anak kerana mereka tidak ada istilah atau tidak dapat menggunakan istilah matematik dengan baik dalam komunikasi harian mereka.
  • Banyak aktviti pembelajaran di sekolah dan juga harian memerlukan anak anda membuat perkaitan dengan kemahiran dan istilah matematik.
  • Keupayaan menaakul merupakan kemahiran asas matematik. Anak-anak akan sentiasa berdepan dengan pelbagai fakta, penyataan serta kejadian untuk dia membuat kesimpulan atau keputusan. Tanpa kemahiran matematik, anak-anak tidak berupaya untuk berfikir secara teratur seperti “kalau saya ingin mengetahui apa yang terjadi, saya perlu melakukan ini,” dan “saya boleh menggambarkan maklumat ini kerana saya yakin ini adalah cara yang terbaik untuk maklumat ini sampai kepada kalian.”

Memudahkan Pembelajaran dan Pengajaran

Pakej Matematik Awal Prasekolah dilengkapi dengan panduan untuk guru dan ibu bapa bagi setiap aktiviti. Setiap tahap disediakan buku teks iaitu panduan aktiviti untuk guru, buku aktiviti 1a, 1b dan juga kad imbasan untuk murid.

Matematik Awal Prasekolah Membimbing Anak Untuk Menguasai 10 Kemahiran Asas Matematik Seperti Berikut:

  • Pengalaman Pranombor. Pengalaman pranombor membina asas konsep nombor dan kepentingannya dalam kehidupan seharian anak. Kemahiran pranombor merangkumi keupayaan memadan, mengasing, mengelaskan serta membuat seriasi dan mengecam corak berulang dan membina pola.
  • Konsep Nombor. Nombor atau angka adalah simbol untuk melambangkan kuantiti sesuatu. Empat buah buku dilambangkan dengan angka “4”. Keupayaan mengaitkan bilangan objek dengan angka dankemahiran membilang merupakan kemahiran asas matematik.
  • Operasi Nombor. Anak perlu memahami apabila penambahan berlaku, jumlah keseluruhan objek menjadi lebih banyak daripada sebelumnya. Manakala operasi tolak, jumlah keseluruhan objek akan berkurangan daripada sebelumnya. Bahasa matematik iaitu simbol angka 1,2,3…, simbol +, simbol – dan juga simbol persamaan = diperkenalkan.
  • Nilai Wang. Anak akan bermula dengan membezakan nilai wang sehingga akhirnya boleh melakukan simulasi jual beli.
  • Konsep Masa dan Waktu. Anak dibiasakan untuk mengukur waktu menggunakan pengalaman seharian. Aktiviti anak disusun dalam sehari untuk membezakan waktu pagi, tengah hari dan petang.
  • Bentuk dan Ruang. Anak akan bermula dengan mengecam bentuk-bentuk asas serta ciri-cirinya seperti segi tiga, segi empat sama, segi empat tepat dan bulatan yang ada di persekitaran. Konsep objek tiga dimensi (3D) juga diperkenalkan untuk anak memahami asas-asas ruang. Memanipulasi objek 3D mengajar anak berkenaan penggunaan ruang seperti di atas, di bawah.

MATEMATIK AWAL PRASEKOLAH

Pakej Matematik Awal Prasekolah menggunakan pendekatan “belajar melalui pengalaman”. Pakej ini disusun untuk memudahkan anak-anak memahami konsep matematik dan sedar bahawa matematik itu penting dalam kehidupan harian mereka. Setiap pelajaran disusun melalui permainan dan aktiviti secara hands-on yang menyeronokkan dan bermakna. Anak akan lebih ceria dan teruja membuat aktiviti dalam buku ini.