Memudahkan ibu bapa dan guru bercerita dengan berkesan berpandukan pelbagai teknik yang terperinci dan lengkap.
INTERAKTIF
Anda dapat menghidupkan cerita berdasarkan elemen kejutan dan interaktif.
KREATIF
Anda boleh menjadi pencerita yang kreatif dan unik setelah mengaplikasikan teknik-teknik bercerita yang mengasah bakat serta meningkatkan keyakinan diri.
DIDIK HIBUR
Anak-anak terhibur sambil berkemahiran dalam mendengar, bertutur dan memahami bahasa dalam konteks bercerita.
"Saya pernah bercerita menggunakan aktiviti lipatan kertas dan setelah selesai, kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir terus membuat lipatan tersebut dan ada yang bercerita sambil membuat lipatan! Ini menunjukkan bahawa mereka telah menghayati cerita yang disampaikan!"
Hasniah Hussain
Penulis
PANDUAN BERCERITA
Pakej Panduan Bercerita disusun dengan 2 buku ‘Mama Ceritalah’ & ‘Mama Ceritalah Lagi…’. Setiap buku dilengkapi dengan panduan untuk ibu bapa dan guru yang mudah untuk diikuti bagi sesi bercerita yang menarik untuk anak… Sarat dengan contoh-contoh cerita yang sesuai mengikut perkembangan usia anak anda. Anda cuma perlu mengaplikasikan aktiviti bercerita seperti yang dicadangkan.