BUKU PENDIDIKAN ISLAM

Fokus Pembelajaran Memberi Kefahaman Asas Tentang Akidah, Fikah, Akhlak & Sirah Kepada Anak-Anak

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

MISI

Memperkasa sistem pendidikan Islam di peringkat rendah dan menengah untuk menjana generasi Rabbani melalui pendidikan holistik dan pengurusan profesional.

Icon Kaedah-05

PERISIAN ILMU

Menanam ilmu asas Islam.

Icon Kaedah-01

AMAL & PENGHAYATAN

Membina kerangka pemikiran yang menepati fikrah Islam.

Icon Kaedah-15

PEMBENTUKAN DIRI

Membina kemahiran dan sikap supaya boleh berdikari dan mendepani cabaran abad 21

Bagaimana Anak Anda Boleh Belajar Diniah dengan Mudah?

1. AKTIVITI PERBINCANGAN

Aktiviti ini dilakukan antara murid dengan murid secara berdua, bertiga atau berkumpulan untuk beberapa tajuk pilihan.

2. AKTIVITI CERIA

Aktiviti ini dilakukan oleh guru dengan cara pengecaman kata kunci tertentu, mencari jalan yang betul, mengenal pasti perkataan tertentu dengan betul.

3. AKTIVITI KBAT

Aktiviti ini dibuat dengan cara guru memberi beberapa persoalanan untuk difikirkan oleh murid atau murid juga boleh membuat persoalan dan dijawab oleh murid lain, boleh dibuat secara perseorangan atau berkumpulan.

4. AKTIVITI BIJAK TAHU

Aktiviti ini dibuat oleh guru dengan cara sepintas lalu sahaja iaitu sekadar TAHU. Contoh aktiviti: menyanyi, mewarna.

5. AKTIVITI FAHAM

Aktiviti ini dibuat secara lebih mendalam. Ia tidak memadai sekadar tahu sahaja tetapi perlulah faham. Contoh aktiviti: mengisi tempat kosong, menanam sifat-sifat positif ke dalam diri murid.

6. AKTIVITI FIKIR KRITIS

Aktiviti ini dibuat secara lebih mendalam, guru menerangkan kepentingan sesuatu. Contoh: Qadar…diterangkan apa akibatnya jika beriman dengannya.

BUKU PENDIDIKAN ISLAM

Buku-buku ini ditulis selaras dengan perkembangan minda, emosi, ruhani dan spiritual anak-anak sekolah rendah. Ia juga mengambil kira aspek kognitif, afektif dan psikomotor anak-anak. Penekanan khusus diberikan terhadap penghayatan, pembentukan sahsiah & ikatan dengan Allah swt.