Pakel ‘PIL Cerdas STEM’ terdiri daripada buku Panduan Projek, Buku Aktiviti dan Modul Latihan Pendidik.
Terdapat 10 projek dalam pakej ini yang telah dikaji rintis dengan kanak-kanak di 19 buah taska PERMATA. Projek-projek ini telah disusun dalam bentuk modul pengajaran & pembelajaran untuk memudahkan pendidik melaksanakannya dengan anak-anak.
Anak akan lebih teruja dengan pengalaman terus daripada projek secara hands-on dan dapat membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mereka.