Tip Ajari Anakmu Mengikut Fitrahnya

Monalisa Harun Chong

Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia.

Anak Lelaki

  • Secara puratanya mula berjalan lebih awal dari anak perempuan.
  • Mendengar lebih baik menggunakan telinga kanan.
  • Mata kiri adalah dominan berbanding mata kanan.
  • Belikan buku warna atau melukis gambar kenderaan, mesin dan robot.
  • Sukakan permainan yang lasak.
  • Gemarkan permainan blok dan pasang semula.
  • Suka dipuji apabila melakukan sesuatu.
  • Suka berlawan menunjukkan kekuatan.
  • Suka mengawal supaya dianggap ketua.
  • Sesuai duduk di barisan hadapan kelas untuk lebih fokus.

Anak Perempuan

  • Pada usia tiga tahun, 99% daripada ucapan difahami.
  • Lebih cepat membaca dan menulis berbanding lelaki.
  • Memproses maklumat lebih cepat berbanding lelaki.
  • Setiap topik perbincangan berkaitan dengan topik yang lain.
  • Study groupsesuai untuk anak perempuan kerana ada perbincangan.
  • Taat kepada perintah dan arahan.
  • Suka berkomunikasi dan berbincang.
  • Suka dibelai terutamanya oleh ibu bapa.
  • Lebih cenderung kepada koordinasi berbanding kekuatan, seperti aktiviti melompat dengan tali, meloncat, dan mengimbangkan badan dengan satu kaki.
  • Perkembangan motor halus yang baik, terutamanya kemahiran halus menggunakan tangan.

Semoga tip ini membantu anda memahami perbezaan anak lelaki dan perempuan dengan lebih baik.