3 Tip Merancang Pembelajaran Matematik Prasekolah Yang Berkesan

Dr. Nor Anita Megat M. Nordin

Pengarah Penerbitan Awal

Tip 1

Gunakan situasi sebenar dari persekitaran murid. Misalnya mempelajari nombor pada nombor rumah, nombor jalan, nombor pada tingkat bangunan atau di dalam lif yang menunjukkan nombor menaik dan nombor menurun, nombor pada tanda harga dan sebagainya.

Tip 2

Gabungkan pelbagai aspek pembelajaran matematik dalam satu pembelajaran. Misalnya, mengira bilangan hadiah atau orang. Pada masa yang sama, boleh mengajar mengenai operasi tambah dan tolak, bentuk, ukuran dan lain-lain.

Tip 3

Matematik diajar merentasi kurikulum, melalui pelbagai subjek. Misalnya dalam pelajaran Pendidikan Islam, ada pembelajaran Matematik iaitu bilangan solat fardu, waktu solat, bilangan rakaat, bilangan kali membasuh muka, tangan dan kaki semasa berwuduk dan sebagainya.

Related Books