5 Perkara Besar dalam Kemahiran Membaca

  • Reading time:2 mins read
  • Post category:Komunikasi

Zairani A. Hamid

Penulis dan Pembimbing kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ dan ‘Bacalah Jawi’.

Kenapa kita mesti boleh membaca?

Ramai orang akan menjawab membaca jambatan ilmu – membaca untuk menambahkan ilmu. Memang betul. Tapi cuba kita take one step backward.

Apabila kita membaca, perkara paling penting adalah kefahaman. Kita hendak faham apa yang kita baca. Kalau tak faham, nak buat apa baca? (kecuali baca al-Quran, tak faham, tak faham pun, kalau baca, tetap dapat pahala).

Jadi, kita belajar membaca untuk memahamkan apa yang dibaca, bukan setakat boleh membaca. Jadi ada 5 perkara besar yang perlu dikuasai untuk kita boleh membaca. Perkara ke-5 adalah:

Kefahaman

Untuk faham apa yang dibaca, amat penting untuk kita boleh membaca dengan lancar. Kelancaran ada kaitan dengan kefahaman. Kalau membaca tersekat-sekat, minda kita akan ‘put a lot of effort‘ untuk cuba ‘work out‘ teks berkenaan dan kesannya kurang tumpuan diberikan untuk cuba memahami apa yang dibaca.

Perkara ke-4 yang perlu dikuasai adalah kelancaran:

Tapi kadang-kadang, ada juga kes, di mana kelancaran tidak membantu kefahaman. Contohnya orang membaca al-Quran dalam keadaan tidak faham langsung Bahasa Arab. Ini mungkin disebabkan salah satunya adalah perbendaharaan kata yang terhad.

Perkara ke-3 yang perlu dikuasai – perbendaharaan kata:

Biasanya kita akan memberikan tumpuan yang lebih kepada mengajar anak mengenali huruf dan sebutan bunyinya daripada satu-satu huruf, suku kata dan seterusnya perkataan.

Maka perkara ke-2 yang perlu dikuasai – Alphabetical principle

Dan untuk memudahkan anak untuk menguasai perkara ke-2 ini adalah adanya kesedaran fonemik.

Ini membawa kita kepada perkara pertama yang perlu dikuasai iaitu kesedaran fonemik.

Perkara 1 dan 2 adalah kemahiran yang boleh diajar dalam masa yang terkawal. Maksudnya kita boleh target masa untuk menguasai 2 kemahiran ini. Tapi tidak untuk nombor 3, 4, 5. Kemahiran 1 dan 2 biasanya kita akan cuba selesaikan semasa anak berada di tadika atau peringkat prasekolah. Dan kemahiran 3, 4, 5 akan berterusan sehingga ke sekolah menengah dan seterusnya.