Aktiviti menanam pokok atau berkebun di tadika atau di rumah dengan melibatkan anak-anak secara aktif mampu memberi banyak impak holistik dalam perkembangan anak-anak. Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan malah ia membantu anak untuk:
- Belajar menghargai alam dan persekitarannya.
- Belajar tanggung jawab menjaga dan memelihara.
- Belajar kosa kata baru dalam bidang pertanian.
- Mengenali Allah Maha Pencipta
- Belajar makan makanan yang sihat dan berkhasiat
Jadi apa tunggu lagi? Jom mulakan aktiviti santai ini bersama keluarga anda! Semoga bermanfaat.