Kanak-kanak pasti tersenyum riang apabila mereka boleh turut serta dalam acara memasak di dapur. Terutama aktiviti memasak yang dirancang dan disediakan untuk dilakukan bersama anak-anak.
Mari mulakan aktiviti memasak sebagai salah satu aktiviti ‘Mesti Buat’ sekali sebulan atau dijalankan setiap hujung minggu jika anda punyai masa.
Aktiviti memasak boleh dimulakan dengan aktiviti-aktiviti mudah seperti:
- Mengetahui keselamatan di dapur
– Mulakan dengan memperkenalkan peraturan-peraturan di dapur, bahaya di dapur, berhati-hati semasa mengendalikan peralatan dapur dan perkenalkan sekali peralatan-peralatan di dapur. - Kebersihan sewaktu mengendali makanan
– Ajari anak membasuh tangan dengan betul, membasuh bahan-bahan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. - Menimbang tepung, gula, bahan-bahan memasak dengan menggunakan kaedah cawan, sudu dan sebagainya sebelum beralih pada ukuran seperti kg, gram dan sebagainya.
- Mulakan dengan aktiviti memasak yang mudah seperti mencampurkan bahan-bahan, memukul telur, mengadun bahan dengan spatula, menguli doh dan sebagainya.
- Buatkan kad resepi yang mudah untuk anak-anak ikut dengan ukuran cawan dan sudu.
- Mulakan dengan resepi mudah dan sihat yang tidak memerlukan oven. Contoh: No-bake cookies.
- Masukkan aktiviti menghias makanan sebagai salah satu aktiviti memasak.
Pesanan sewaktu melakukan aktiviti memasak bersama anak-anak:
- Anda meletakkan kegembiraan melakukan aktiviti bersama sebagai objektif pertama dan utama.
- Anda memberi anak-anak masa pada permulaan jika anak masih belum mahir dan tidak teratur ketika melakukan aktiviti bersama anda.
- Tidak mengapa jika anda masih mengulang aktiviti yang sama. Ini membantu anak menguasai teknik yang dikehendaki.
- Jika mereka selalu menumpahkan bahan-bahan masakan, tidak boleh melakukan aktiviti yang dilakukan dengan baik. Ini bermakna motor halus mereka masih lemah dan perlu dikuatkan.
- Apa yang penting adalah senyuman dan masa bersama yang bermakna.
Selamat Mencuba! Share Jika Bermanfaat!