5 Faktor Pendorong Anak Bersikap Agresif

Dr. Nor Anita Megat M. Nordin

Pengarah Penerbitan Awal

Bagaimanakah perlakuan seorang anak yang agresif? Pada lumrahnya, sebarang tingkah laku yang menyakiti orang lain secara fizikal adalah kekasaran atau keganasan. Contohnya menendang, memukul, dan menumbuk. Menjerit dan sikap suka memaksa juga merupakan tingkah laku yang boleh membawa kepada kekasaran dan keganasan. Tetapi jika anda dapati anak anda suka menendang, memukul, menumbuk, menjerit dan memaksa, jangan pula membuta tuli mengatakan bahawa anak anda adalah seorang yang agresif sebelum anda mengetahui sebab mengapa anak anda bersikap demikian.

Apakah faktor yang mendorong kepada sikap agresif?

  • Sikap ibu bapa sendiri yang sering berkasar antara satu sama lain
  • Marah yang tidak terkawal
  • Melihat atau menonton aksi-aksi ganas sama ada di TV atau di persekitaran
  • Emosi yang tidak stabil
  • Rendah diri

Sikap agresif mempunyai tahap yang berbeza dan ia adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak lelaki. Keganasan yang dipamerkan juga berbeza antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kanak-kanak lelaki lebih menunjukkan keganasan dari segi tingkah laku seperti menendang, menyepak, memukul manakala kanak-kanak perempuan lebih cenderung untuk menjerit dan mencubit.

Ibu bapa hendaklah tangani masalah anak yang agresif ini dari awal. Cari punca mengapa mereka bersikap demikian dan pada masa yang sama:

  • Elakkan daripada berkelakuan kasar di hadapan anak anda.
  • Elakkan daripada memberi layanan yang kasar terhadap anak anda.
  • Jangan biarkan anak anda berada dalam keadaan bimbang dan risau.
  • Jangan biarkan anak anda berada dalam situasi yang penuh konflik.
  • Jangan biarkan mereka terus menerus bersikap agresif. Nasihat dan bimbinglah mereka dengan hikmah dan penuh kesabaran.