3 Ciri Anak Berpotensi Menjadi Jurutera Atau Arkitek

Prof. Emeritus Dato Dr. Aminah Ayob

Prof. Emeritus Dato' Dr. Aminah merupakan Pensyarah di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bidang kepakaran beliau adalah Pendidikan Sains, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Brain-based Learning.
Untuk mengetahui sekiranya anak anda mempunyai potensi sebagai jurutera atau arkitek, ciri-ciri utama yang perlu diperhatikan dalam diri anak-anak ialah:
  • Mereka sangat suka bertanya kerana INGIN TAHU bagaimana alat-alat berfungsi.
  • Mereka suka menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif.
  • Mereka suka mendesain dan mengeksperimen sehingga dapat menghasilkan sesuatu reka cipta
Anak anda tidak perlu mempunyai pencapaian tinggi atau ‘genius’ untuk menjadi JURUTERA atau ARKITEK. Apa yang perlu ada hanyalah imaginasi dan keazaman!