Mengajar anak sememangnya tidak mudah apatah lagi jika anda bekerja. Kesibukan dan kepenatan di pejabat pasti membataskan niat untuk mengajar anak. Amalkan 6 tip hebat ini secara konsisten bagi memudahkan mengajar anak. Selamat mencuba!
- Adakan jadual rutin belajar setiap hari supaya kanak-kanak terbiasa dengan waktu belajar.
- Luangkan hanya 5 minit, selama 3 kali sehari untuk mengajar membaca dan dilakukan secara konsisten.
- Pastikan ruang belajar anak selesa dan bersih.
- Izinkan mereka bermain selepas belajar. Pastikan masa bermain dan maklumkan kepada kanak-kanak. Contoh, “Amy boleh main dalam 10 minit dan selepas itu Amy perlu baca buku dengan ibu@cikgu.”
- Sediakan air masak untuk kanak-kanak minum supaya kanak-kanak sentiasa cergas dan aktif sewaktu aktiviti dijalankan.
- Pelbagaikan aktiviti supaya kanak-kanak sentiasa teruja untuk belajar.