7 Langkah Persediaan Ke Sekolah – Norma Baharu

  • Reading time:2 mins read
  • Post category:Pendidikan

Dr. Nor Anita Megat M. Nordin

Pengarah Penerbitan Awal

Bermula 20 Januari 2021 ini anak-anak di tadika dan sekolah rendah dan menengah akan melangkah semula ke sekolah setelah sekian lama berada di rumah akibat wabak COVID-19. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa agar anak kita selamat dan selesa di sekolah?

Berikut merupakan saranan Datuk Dr. Zulkifli Ismail, pakar paediatrik dan Pengerusi Positive Parenting:

  1. Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun sambil bernyanyi lagu “Happy Birthday” sebanyak 2 kali (untuk memastikan tangan dibasuh selama 20 saat).
  2. Memakai pelitup muka dan menggantinya apabila basah.
  3. Mengamalkan penjarakan sosial, anak-anak boleh bermain permainan seperti badminton, ping pong.
  4. Sebaik-baiknya membawa bekalan makanan dan peralatan makanan dari rumah.
  5. Membersihkan peralatan yang diguna bersama.
  6. Memastikan diri dan persekitaran sentiasa besih.
  7. Mematuhi jadual vaksinasi anak.

Beliau juga menasihati ibu bapa supaya tidak obsesif tentang isu-isu tersebut.  Sekiranya anak berasa letih dan kurang sihat, berehatlah di rumah dan pantauilah mereka. Bawalah segera ke klinik sekiranya keadaan tidak bertambah baik.  Yang penting anak-anak tidak terlalu risau dan gembira ke sekolah. 

** Sekiranya anda ingin mengajar anak di rumah, cubalah kursus kaedah mengajar membaca dan subjek-subjek lain secara online di awalschool.com. Kursus-kursus tersebut memberi panduan mengajar secara mudah dan boleh memotivasikan anda untuk terlibat secara langsung dalam pendidikan anak anda.