3 Tip Tingkatkan Keyakinan Anak

Monalisa Harun Chong

Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia.

1. Apabila anda mengajar anak tentang sesuatu perkara, YAKINLAH mereka akan berjaya belajar dengan kejayaan.

2. Apabila anda memberi tugasan kepada anak-anak, PERCAYALAH mereka mampu melakukannya.

3. Apabila anda melakukan sesuatu aktiviti bersama anak-anak, berilah mereka aktiviti yang pelbagai dan tingkatkan cabaran dalam pembelajaran mereka agar mereka selalu teruja dan berjaya menyelesaikannya.

Usah sangsi dan bimbang.
Usah takut dan rasa lemah dan longlai.
Usah rasa usaha tidak berguna….

Anak- anak kita mampu melakukannya lebih dari jangkaan kita sendiri. Jika mereka diberi ruang dan peluang untuk terus mencuba dan membuat kesilapan dan terus mencuba sehingga berjaya. Anak-anak perlukan keyakinan dan keyakinan anda adalah kekuatan mereka.