Bermula 20 Januari 2021 ini anak-anak di tadika dan sekolah rendah dan menengah akan melangkah semula ke sekolah setelah sekian lama berada di rumah akibat wabak COVID-19. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa agar anak kita selamat dan selesa di sekolah?
Berikut merupakan saranan Datuk Dr. Zulkifli Ismail, pakar paediatrik dan Pengerusi Positive Parenting:
- Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun sambil bernyanyi lagu “Happy Birthday” sebanyak 2 kali (untuk memastikan tangan dibasuh selama 20 saat).
- Memakai pelitup muka dan menggantinya apabila basah.
- Mengamalkan penjarakan sosial, anak-anak boleh bermain permainan seperti badminton, ping pong.
- Sebaik-baiknya membawa bekalan makanan dan peralatan makanan dari rumah.
- Membersihkan peralatan yang diguna bersama.
- Memastikan diri dan persekitaran sentiasa besih.
- Mematuhi jadual vaksinasi anak.
Beliau juga menasihati ibu bapa supaya tidak obsesif tentang isu-isu tersebut. Sekiranya anak berasa letih dan kurang sihat, berehatlah di rumah dan pantauilah mereka. Bawalah segera ke klinik sekiranya keadaan tidak bertambah baik. Yang penting anak-anak tidak terlalu risau dan gembira ke sekolah.
** Sekiranya anda ingin mengajar anak di rumah, cubalah kursus kaedah mengajar membaca dan subjek-subjek lain secara online di awalschool.com. Kursus-kursus tersebut memberi panduan mengajar secara mudah dan boleh memotivasikan anda untuk terlibat secara langsung dalam pendidikan anak anda.