Cepat Membaca Al-Quran : Al-Barqy
CEPAT, CERIA, TERSUSUN
Al-Barqy Berkesan Kerana:
- Pendekatan kata kunci untuk lancar menyebut bunyi huruf-huruf al-Quran dan menjadi titian ingatan untuk memahami pelajaran yang baru.
- Al-Barqy dilengkapi dengan nasyid-nasyid dan aktiviti-aktiviti pengajaran yang berkesan lagi menyeronokkan.
- Anak anda lebih mudah untuk memahami sesuatu pelajaran kerana pengajaran al-Barqy mengikut sistem yang tersusun.
Modul Awal Jawi Dalil Awjad
CEPAT, TEPAT, AKTIF
Kaedah Mudah Untuk Membaca & Menulis Jawi:
- Kaedah AWJAD memudahkan anak-anak dan orang dewasa untuk lancar menulis Jawi. Dalam masa 5 minit sahaja sudah cukup untuk seseorang yang tidak tahu Jawi untuk mula menulis Jawi.
- Tulisan Jawi ada sistem ejaannya yang tersendiri. Kaedah AWJAD memberi ketepatan dalam ejaan menurut piawai Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Kaedah AWJAD berpusatkan kepada murid. Pelbagai aktiviti disusun agar murid aktif dalam memahami sesuatu pelajaran yang baharu.
Pendidikan Islam Sekolah Rendah
PERISIAN ILMU, AMAL & PENGHAYATAN, PEMBENTUKAN DIRI
Kaedah Bersepadu Untuk Membentuk Akhlak Anak-Anak:
- Pakej pendidikan Islam yang lengkap untuk pelajar peringkat sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6. Terdapat 4 matapelajaran iaitu Fikah, Akidah, Akhlak dan Sirah dalam bentuk buku teks dan aktiviti.
- Sesuai untuk pembelajaran dalam kelas dan juga di rumah. Kini pakej ini telah dipilih sebagai buku teks oleh banyak sekolah-sekolah agama swasta.
Mudah Belajar Bahasa Arab : At-Taisir
MUDAH, LENGKAP, CERIA
At-Taisir Menarik Kerana:
- Anak mudah belajar dan ibu bapa serta guru mudah mengajar bahasa arab melalui lagu dan permainan komunikasi yang berkesan.
- Pakej at-Taisir lengkap dengan buku teks, buku aktiviti, buku cerita, kad imbasan boleh padam, audio dan video animasi pelajaran serta kursus secara online dan offline.