Bermain warna adalah salah satu aktiviti yang sangat disukai anak-anak. Warna mempunyai aura yang harmoni dan mampu memberi ketenangan dan kreativiti untuk anak-anak berfikir dan berimaginasi.
Bermain dengan warna dengan gaya yang kreatif juga mampu memberi impak keseronokkan dan membangunkan perkembangan otak anak dengan pesat dan cemerlang.
Antara kepelbagaian gaya bermain warna adalah:
- Bermain warna dengan alatan permainan anak
- Bermain warna yang telah dicampur dengan rempah ratus bagi meningkatkan sensori anak
- Bermain warna dengan peralatan selain berus
Anak lelaki sukakan objek yang bergerak. Oleh itu, masukkan unsur pergerakan dalam aktiviti mewarna anak-anak. Gunakan juga permainan kesukaan mereka untuk membuat aktiviti mewarna.
Sila kaitkan aktiviti mewarna dengan objektif atau tema pengajaran dan pembelajaran. Pastinya objektif anda tercapai dengan seronoknya.
Pesanan: Aktiviti-aktiviti bermain warna adalah aktiviti ‘messy’ dan memerlukan pembersihan selepas tamat beraktiviti. Libatkan anak-anak dalam proses pembersihan dan penyusunan semula selepas beraktiviti. Ini akan membantu mereka belajar untuk berdikari dan rasa bertanggungjawab.
Usah bimbang atas usaha anda. Pastinya anak anda akan lebih ceria , kreatif dan cepat matang kerana anda telah berusaha membangunkan kreativiti dan kematangan otak mereka.
Selamat bermain warna!