Tip Meneroka Bunyi Bersama Kanak-kanak Prasekolah

  • Reading time:1 mins read
  • Post category:Pendidikan

Prof. Emeritus Dato Dr. Aminah Ayob

Prof. Emeritus Dato' Dr. Aminah merupakan Pensyarah di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bidang kepakaran beliau adalah Pendidikan Sains, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Brain-based Learning.

MENGENALI OBJEK YANG MENGELUARKAN BUNYI

Perkenalkan kanak-kanak kepada pelbagai alat yang mengeluarkan bunyi. Contohnya, dram, loceng, loceng meja, kerincing, kastenet, kerincing, kompang, simbal, marakas, tamborin dan lain-lain.

Kanak-kanak boleh mencuba semua alat-alat yang disediakan dan mengenal bunyi yang dikeluarkannya. Kanak-kanak juga boleh bermain meneka bunyi alat apabila matanya ditutup dengan penutup mata (eye patch).

OBJEK LAIN YANG BOLEH MENGELUARKAN BUNYI

Galakkan kanak-kanak untuk menyiasat objek-objek lain yang boleh mengeluarkan bunyi. Contohnya:

  • Bunyi anak-anak batu atau guli bila digoncang dalam botol.
  • Bunyi daun kering apabila dipijak.
  • Bunyi air apabila pili dibuka.
  • Bunyi kertas dikoyak atau dironyok.
  • Bunyi bola melantun.
  • Bunyi apabila objek digaris pada pagar besi.