Seronoknya membeli belah secara praktikal. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tip yang boleh digunapakai semasa mengajar anak untuk membeli barang.
1. Berikan list barang yang ingin dibeli.
Pastikan list barang dalam 5 – 8 items.
Mudah didapati dan diambil oleh anak-anak.
2. Beri anak sejumlah wang untuk membeli belah. Beri anak-anak wang kertas yang pelbagai. Cth: RM1, RM5, RM10 dan duit syiling.
3. Izinkan anak-anak melakukan acara membeli belah sendiri. Biar mereka mencari barang yang ingin dibeli, mengambil sendiri dan meletakkannya di dalam bakul sendiri.
4. Terangkan kepada anak-anak cara membaca label dengan mudah, seperti label halal dan sebagainya.
5. Ajari anak-anak memilih barangan @ makanan yang berkhasiat dan halal.
6. Perkenalkan kepada anak-anak jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. Beri mereka masa untuk meneroka makanan dengan menggunakan deria. Anda boleh setkan penerokaan mengikut tema dan hanya terhad kepada 5 jenis buah-buahan @ sayur-sayuran (bergantung pada masa yang ada).
7. Ajari anak adab-adab membeli belah.
8. Pesan kepada anak-anak keselamatan ketika membeli belah.
9. Minta anak-anak membawa beg kitar semula. Start them young!
10. Anda boleh ajak anak membeli belah dengan tabungan mereka.
Secara tidak langsung, aktiviti ini menekankan tentang nilai tanggungjawab sedari kecil. Anak juga diajar berdikari.