Selepas tiupan sangkakala kedua, maka Allah Taala akan membangkitkan semula setiap makhluk yang pernah hidup di muka bumi ini. Ketika itu, kita semua akan menghadapi suatu perjalanan panjang yang bakal menentukan nikmat atau deritanya kehidupan kedua di akhirat.
Jom kita ikuti perkongsian Ustazah Hidayah dalam siri Asas Fardu Ain kali ini dengan tajuk “Perjalanan Hari Kiamat”.