KANAK- KANAK BANTUT: APA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN?

  • Reading time:4 mins read
  • Post category:Kesihatan

Nur Raihanah Binti Mohd Rozaimi & Nor Aini Jamil

Nur Raihanah Binti Mohd Rozaimi sedang mengikuti program Sarjana Pemakanan Klinikal, Universiti Kebangsaan Malaysia

Bantut merupakan antara isu yang perlu diberi perhatian oleh setiap ibu bapa di Malaysia. Hal ini kerana terdapat peningkatan kanak-kanak bantut di Malaysia. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati prevalens bantut dalam kalangan kanak-kanak bawah usia 5 tahun telah meningkat daripada 17.7% (2015) kepada 21.8% (2019). Hasil kajian yang sama juga melaporkan 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah bantut.

Bantut merujuk kepada ketinggian seorang kanak-kanak mengikut umur sama ada lelaki atau perempun kurang daripada -2 sisihan piawai berdasarkan rujukan piawai (WHO,2006). Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah bantut bukan hanya merujuk kepada ketinggian, tetapi turut menyumbang kepada masalah kesihatan yang berpunca dari malnutrisi, jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial.

KENAPA ISU BANTUT PERLUKAN PERHATIAN?

Berbanding dengan masalah kekurangan berat badan, sebahagian besar isu bantut tidak boleh dipulihkan. Sekiranya kanak-kanak tidak mencapai tahap ketinggian yang sepatutnya semasa umur 2 tahun, kanak-kanak tersebut mengalami risiko bantut seumur hidup. Selain itu, kebantutan ini bakal diwarisi oleh anak yang dilahirkan ibu yang mempunyai masalah bantut. Lebih merisaukan, masalah bantut ini meningkatkan risiko kekurangan mikronutrien seperti anaemia dan kekurangan zat besi. Impak daripada masalah kesihatan ini menjejaskan tumbesaran dan fungsi kognitif kanak-kanak.

KANAK-KANAK BANTUT: APA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN?

TIP MENANGANI MASALAH KEBANTUTAN

  • Pastikan bayi di bawah umur 6 bulan mendapat susu ibu secara eksklusif tanpa ada makanantambahan yang lain. 
  • Ibu boleh memberikan susu ibu secara terus kepada bayi atau dipam terlebih dahulu.
  • Selepas umur 6 bulan, bayi perlu diperkenalkan sekurang-kurangnya 4 daripada 7 kumpulan makanan setiap hari. Contohnya:

Karbohidrat

Protin

Lemak

Vitamin

Mineral

Serat

Air

Bubur

Nasi

Mi

Roti

Spageti

Ikan

Ayam

Daging

Udang

Ketam

Margerin

Mentega

Keju

Minyak zaitun

Lobak

Betik

Telur

Roti

Ikan

Tahu

Tempe

Bayam

Brokoli

Kentang

Epal

Pisang

Limau

Avocado

Labu

Susu

Air kosong

  • Kekerapan makanan untuk anak yang berumur 6 hingga 8 bulan adalah 2 kali sehari dan 9 hingga 23 bulan ialah 3 kali sehari. 
  • Tetapkan waktu makan dan adakan waktu makan bersama-sama anak.
  • Berikan anak makanan yang padat dengan nutrien – sebagai contoh, roti sandwic dan nasi ayam. 
  • Benarkan anak untuk makan sendiri agar memupuk minat dan eksplorasi terhadap makanan.
  • Beri makanan pejal terlebih dahulu sebelum memberikan minuman. 
  • Pemberian makanan oral (ONS) atas nasihat pakar pemakanan.

KANAK- KANAK BANTUT: APA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN?

  • Elakkan pemberian puting susu kosong kepada anak kerana tidak menyumbang kepada  penambahan kalori serta mengganggu penyusuan susu ibu secara eksklusif. 
  • Elakkan anak makan makanan yang sama setiap minggu. Kurang variasi dalam pemberian makanan akan menyebabkan anak mudah jemu serta menolak untuk makan. 
  • Elakkan memberikan anak minuman di antara selang makan.
  • Jangan makan di hadapan alat elektronik atau televisyen kerana anak tidak sedar akan makanan yang diambil. 

Anak kita adalah generasi masa hadapan yang bakal menerajui negara. Kita bertanggungjawab dalam memastikan kesihatan anak-anak kita. Anak Malaysia tinggi, sihat selamanya!

Sumber : World Vision (2015), Definisi Kelaparan
Rujukan: – 
  1. Prendergast, A. J., & Humphrey, J. H. (2014). The stunting syndrome in developing countries. Paediatrics and international child health34(4), 250–265. https://doi.org/10.1179/2046905514Y.0000000158
  2. Derek KQR. 2019. Stunting in Malaysia: costs, causes & country for action. JCI-JSC Working Paper. Jeffery Cheah Institute on Southeast Asia and Jeffery Sach Center on Sustainable Development.
  3. Institute for Public Health (IPH), National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia. 2020. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019: Vol. I: NCDs – Non-Communicable Diseases: Risk Factors and other Health Problems