Adakah Murid Anda Fobia Matematik?

Dr. Nor Anita Megat M. Nordin

Pengarah Penerbitan Awal

Fobia terhadap matematik ditakrifkan sebagai rasa resah dan tertekan semasa berhadapan dengan masalah yang melibatkan matematik. Antara faktor fobia matematik adalah cara mengajar secara tradisional yang berpaksikan guru, mendedahkan kelemahan murid kepada khalayak ramai serta memaksa murid menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

Bacaan Berkaitan : Seronoknya Belajar Matematik

Seeloknya, sesi pengajaran berpaksikan guru perlu dikurangkan, lebihkan aktiviti dan perbincangan secara berkumpulan dalam kalangan murid-murid. Sebagai contoh, matematik boleh diajar melalui lakonan dan permainan visual. Apabila murid-murid berasa seronok, ini akan membina keyakinan diri mereka untuk lebih sukakan matematik!

(Petikan artikel oleh Marilyn Curtain-Phillips, guru matematik (USA) dan penulis buku tentang pendidikan matematik.)

Related Books