Berita yang bertajuk “Pelajar tahun Satu 2021 Berdepan Masalah Buta Huruf” baru- baru ini sememangnya memancing kita untuk membaca berkaitan perkara ini dengan lebih lanjut lagi. Mengapa anak-anak ini ada masalah dengan perkara asas 3M (Membaca, Menulis, Mengira)?
Masalah ini dikatakan berpunca daripada kurangnya masa untuk anak-anak prasekolah tahun ini belajar asas 3M ini akibat pandemik COVID yang masih lagi menghantui dunia. Sudah pasti ibu bapa yang mempunyai anak darjah 1 pada tahun hadapan berasa risau.
Jika perkara ini berlaku suku abad dahulu, mungkin tidak ramai yang akan gusar kerana pada ketika itu obsesi dan harapan bagi anak-anak ini menguasai 3M tidak sebegitu tinggi sebagaimana sekarang.
Namun, nampak gayanya COVID-19 berjaya memaksa majoriti ibu bapa untuk ‘reset’ sudut pandang mereka ke zaman kanak-kanak mereka dahulu apabila lebih ramai yang tIdak pandai membaca berbanding yang pandai. Menulis pun mungkin tidak mahir lagi, begitu juga dengan mengira.
Apa yang kita risaukan ialah kegusaran dan kerisauan ibu bapa ini diterjemah menjadi tekanan pula kepada anak-anak sedangkan harapan 3M ini sebenarnya agak sukar diatasi walaupun ibu bapa cuba menjadi pengganti guru prasekolah. Keterbatasan waktu mengehadkan peluang pembelajaran.
Ibu bapa sekalian, bukan anak kita sahaja yang terkesan. Ramai anak lain pun sama keadaannya. Mereka berada pada tahap yang serupa.
Jadi, apa tindakan seterusnya?
- Tahap satu tidak lagi mempunyai peperiksaan sebagaimana sebelum ini. Cara guru-guru menilai juga berbeza.
- Yang mengajar anak kita ialah GURU bukan KITA. Sudah tentu mereka mempunyai skil untuk mengenal pasti sama ada anak kita bermasalah atau tidak.
- Gunakan sesi bersama guru nanti untuk berbincang perkembangan anak.
- Umumnya, anak-anak berkembang dengan kadar yang lebih kurang sama. Ada anak yang lebih mahir dalam sesuatu perkara tetapi kurang mahir dalam perkara lain.
- Tidak menjadi masalah sekiranya kita ingin mengajar anak di rumah tetapi janganlah sehingga kedua-dua belah pihak tertekan pula.
- Anak yang belum menguasi 3M semasa di darjah 1 bukan bermaksud IQnya kurang.
- Cakna dengan perkembangan anak anda pada tahun hadapan tapi janganlah sampai memaksa anak menghadiri tuisyen dan menjadikannya sebagai matlamat peribadi pula: Nak jadikan anak saya yang pertama menguasai 3M.
- Kerisauan anda sebenarnya tidak dikongsi oleh anak-anak ini. Hidup mereka lebih berwarna-warni daripada kita. Kitalah punca warna hidup mereka jadi mandom.
- Elak membandingkan anak ini dengan abang atau kakak mereka. Ayat seperti “Abang kau darjah satu dah pandai…”
- Tekan ‘pause’ dahulu dan ingat kembali bahawa sudah setahun sesi persekolahan mereka seperti biskut
** Sekiranya anda ingin mengajar anak di rumah, cubalah kursus kaedah mengajar membaca dan subjek-subjek lain secara online di awalschool.com. Kursus-kursus tersebut memberi panduan mengajar secara mudah dan boleh memotivasikan anda untuk terlibat secara langsung dalam pendidikan anak anda.
Juga, layari awalbooks.com untuk buku-buku berkaitan pengajaran bahasa.