Masalah penggunaan gajet yang berlebihan merisaukan ibu bapa pada zaman ini. Anak-anak terlalu asyik dengan gajet sehinggakan masa berkualiti bersama ahli keluarga yang lain menjadi terhad atau tidak wujud langsung. Kadangkala, ibu bapa juga menjadi punca kepada masalah ini dengan membenarkan anak terus bersama gajet, tidak memberi ruang untuk aktiviti riadah lain kerana kesibukan. Ibu bapa sendiri asyik dengan gajet atau tiada masa untuk anak. Akhirnya, anak menggunakan gajet sebagai alat untuk menghabiskan masa dengan cara yang tidak memberi manfaat bahkan boleh menyebabkan mudarat jika tidak dikawal dan dipantau.
Masalah penggunaan gajet yang berlebihan bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan mata bahkan kepada fizikal anak tersebut. Penggunaan gajet akan menyebabkan anak kurang melakukan aktiviti fizikal, tidak menjaga makan dan tidur juga akan terganggu. Ini akan mengganggu kesihatan fizikal dan juga mental mereka. Penggunaan yang berlebihan juga boleh mengganggu aktiviti sosial anak-anak, kemahiran berkomunikasi dan pengawalan emosi.
Ibu bapa perlu mengambil langkah untuk membantu anak dengan mengehadkan masa penggunaan gajet dan mengalihkannya kepada aktiviti yang lebih baik dan berkualiti. Perubahan perlu berlaku di rumah.
Berikut merupakan garis panduan daripada American Academy of Pediatrics (2017) berkenaan penggunaan gajet atau media digital dalam kalangan kanak-kanak:
- Kanak-kanak berumur di bawah 18 bulan, elakkan penggunaan gajet melainkan untuk perbualan video (video chatting).
- Kanak-kanak berumur 18-24 bulan, pilih program berkualiti tinggi dan libatkan diri
bersama-sama mereka. - Kanak-kanak berumur 2-5 tahun, hadkan penggunaan gajet hanya 1 jam dengan
memilih program yang berkualiti tinggi. - Kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas, buat jadual yang tetap dan konsisten tentang jenis media yang boleh digunakan.
Sehubungan dengan itu, para penyelidik turut menyarankan bahawa selain mengehadkan penggunaan gajet, ibu bapa dan pendidik juga perlu mengambil kira kandungan serta konteks bahan media digital yang digunakan.
Mencari-cari buku yang boleh mencetuskan perbincangan tentang emosi dengan anak anda?
Layari https://eniaga.awal.my untuk mendapatkan buku-buku yang menarik berserta panduan untuk ibu bapa dalam Siri Cerdas Mengurus Emosi.