Jom Berdoa Bersama Mama

  • Reading time:1 mins read
  • Post category:Kerohanian

Monalisa Harun Chong

Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia.

Bantu anak untuk rasa seronok dan rajin berdoa dengan cara:

1. Berikan mereka doa-doa yang mudah diingati dan difahami.
Kebaikan: Anak mudah faham apa isi doanya.

2. Minta mereka berdoa selalu untuk kedua ibu bapanya, guru-gurunya, kawan-kawannya dan semua umat Islam.
Kebaikan: Anak mudah menitip doanya untuk semua dan sebagai latihan untuk tidak mementingkan diri sendiri.

3. Berdoa setiap waktu.
Kebaikan: Di mana sahaja kita berada atau pada bila-bila masa sahaja. Allah Maha Mendengar dan Dia suka kepada hamba-hambaNya yang berdoa. Jadi, mintalah selalu kepada Allah.

4. Ajari anak-anak adab berdoa.
Kebaikan: Anak akan faham adab apabila mahu meminta sesuatu perlu bersungguh-sungguh dan ada adabnya.

5. Bantu anak menghafaz doa-doa nabi.
Kebaikan: Mengajar anak mencintai Nabi dan mengamalkan doa-doanya.

Jom berdoa!