Kesihatan Mental Kanak-kanak Ketika Banjir: Apa Yang Perlu Ibu-bapa Perlu Tahu?

  • Reading time:3 mins read
  • Post category:Pendidikan

Nur Izzati Hazwani Abdul Hadi

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) UKM. Penulis artikel berkaitan keibubapaan dan menghadiri kursus-kursus berkaitan keibubapaan bersama Genius Kurnia dan LPPKN .

Kanak-kanak merupakan golongan yang turut terjejas emosi mereka akibat banjir yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini. Bencana alam seperti ini sememangnya memberikan impak yang begitu mendalam kepada anak-anak.

Anak-anak yang terlibat dalam bencana banjir akan cenderung untuk mengalami trauma yang berpanjangan apatah lagi sekiranya bencana banjir ini berlaku saban tahun bagi mereka yang berada di negeri-negeri pantai timur pada hujung tahun. Tanda anak anda mengalami stres ialah:

  • Anak akan menjadi clingy dan tidak mahu berenggang dengan ibu-bapa akibat berasa takut dengan keadaan sekeliling seperti suasana di pusat pemindahan banjir yang padat dengan mangsa-mangsa banjir.
  • Anak-anak akan mengalami rasa cemas sepanjang masa kerana berasa bimbang dengan keadaan sekeliling
  • Kanak-kanak akan mengalami masalah depresi dan kehilangan selera makan akibat rasa cemas yang berpanjangan.

Kesan sampingan yang akan dialami oleh kanak-kanak akibat bencana 

  • Kanak-kanak akan mengalami masalah pembelajaran akibat banjir kerana mereka tidak dapat belajar dalam keadaan yang selesa kerana banjir mengakibatkan kemusnahan harta benda dan peralatan persekolahan.
  • Kanak-kanak akan mengalami trauma kerana bencana tersebut membuatkan mereka sentiasa berasa cemas, takut dan lebih teruk sekiranya mereka kehilangan individu yang disayangi.
  • Kanak-kanak enggan berenggang dengan ibu-bapa selepas bencana banjir berlaku dan ini menyebabkan mereka enggan ke sekolah.
  • Berlakunya kerisauan yang melampau terutamanya mengenai keadaan tempat tinggal mereka selepas bencana banjir berlaku.

Tip untuk mengatasi trauma kanak-kanak pasca bencana:

  • Ajarkan anak-anak pengetahuan asas seperti langkah-langkah keselamatan ketika menghadapi banjir dengan cara yang paling mudah difahami anak. Gunakan pendekatan seperti bercerita, berkongsi gambar dengan anak-anak.
  • Komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak. Ibu bapa hendaklah mendengar dan mengambil berat perasaan anak dengan penuh empati dan galakkan anak-anak bercerita dan meluahkan apa yang dirasa kepada anda.
  • Banyakkan membuat aktiviti bercerita, mewarna, membuat kraftangan, bermain dan pelbagai lagi yang sesuai mengikut usia anak.
  • Ibu bapa perlu memantau keadaan kesihatan anak-anak selepas bencana. Sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat, dapatkan rawatan segera.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada mangsa banjir yang mempunyai anak kecil.