Umumnya kanak-kanak boleh membaca pada umur 7 tahun. Belajar membaca melibatkan beberapa kemahiran yang kompleks. Ia bermula dengan mengaitkan bunyi pertama dalam sesuatu perkataan dan seterusnya secara berperingkat.
Bacaan Berkaitan : Membaca : Mengapa Perlu Mula Awal ?
Adakah anak anda mengalami masalah membaca? Bagi anak berumur 3 hingga 4 tahun, senarai berikut merupakan pencapaian dalam menguasai bahasa yang sepatutnya berlaku:
- Suka mendengar dan bercakap tentang buku cerita
- Memahami bahawa bahan bertulis membawa makna
- Berusaha untuk membaca dan menulis
- Mengenal pasti tanda dan label yang sering digunakan
- Terlibat dalam permainan yang menggunakan kata-kata berima
- Mengecam beberapa huruf dan mengaitkan huruf dengan bunyi
- Menggunakan huruf-huruf yang menggambarkan perkataan yang bermakna seperti nama sendiri dan boleh membaca ayat pendek contohnya “Saya suka main bola.”
Sekiranya anda risau tentang perkembangan bahasa anak anda berjumpalah dengan guru, doktor atau jurulatih bahasa. Bagi anak yang mengalami sebarang masalah pembelajaran, lebih cepat kita bertindak lebih mudah untuk mereka belajar.
Bacaan Berkaitan : 4 Tip Terbaik Untuk Anak Membaca
Apakah kaedah yang berkesan untuk belajar membaca?
Dapatkan pakej Cepat Baca untuk belajar bahasa Melayu dan I Can Read untuk bahasa Inggeris yang kaedah pengajarannya disusun secara sistematik untuk anak di eniaga.awal.my
Rujukan:
DeBruin-Parecki, A. with Perkinson, K. & Ferderer, L. (January, 2000). Helping Your Child Become A Reader. U.S. Department of Education.