Perkembangan Bahasa Anak Berumur 5 – 6 Tahun

  • Reading time:3 mins read
  • Post category:Komunikasi

Dr. Nor Anita Megat M. Nordin

Pengarah Penerbitan Awal

Adakah anak anda mengalami masalah membaca? Bagi anak berumur 5 tahun, senarai berikut merupakan pencapaian dalam menguasai bahasa yang sepatutnya berlaku:

Bacaan Berkaitan : Perkembangan Bahasa Anak Berumur 3 – 4 Tahun

  • Bunyi seperti mereka sedang membaca ketika menghadap buku
  • Suka dibacakan cerita dan boleh mengulangi cerita yang mudah
  • Menggunakan bahasa yang dapat menjelaskan maksud dan pertanyaan
  • Mengecam huruf dan hubung kait antara huruf dengan bunyi
  • Mengenal bunyi yang berima dan bunyi pertama dalam sesuatu perkataan
  • Memahami bahawa bahan bertulis dibaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah
  • Memadankan perkataan yang disebut dengan yang ditulis
  • Mula menulis huruf dan beberapa perkataan yang sering digunakan
  • Mula menulis cerita yang terdiri daripada beberapa bahagian yang boleh dibaca

Pada umur 6 tahun anak sepatutnya boleh:

  • Baca dan cerita semula cerita-cerita lazim
  • Menggunakan pelbagai cara untuk membaca sebuah cerita seperti baca semula, meramalkan apa yang akan berlaku, bertanya atau menggunakan gambar
  • Membuat inisiatif untuk membaca dan menulis dengan tujuan tertentu
  • Membaca kuat dengan selesa
  • Mengenal pasti perkataan baharu menggunakan padanan huruf-bunyi dan melalui pemahaman cerita yang sedang dibaca
  • Mengecam lebih banyak perkataan melalui apa yang dilihat
  • Menyebut bunyi-bunyi utama dalam sesuatu perkataan semasa mengeja
  • Menulis tentang topik-topik yang diminati
  • Cuba menggunakan tanda noktah dan huruf besar

Apakah kaedah yang berkesan untuk belajar membaca?

Dapatkan pakej Cepat Baca untuk belajar bahasa Melayu dan I Can Read untuk bahasa Inggeris yang kaedah pengajarannya disusun secara sistematik untuk kanak-kanak di www.awalmy.com.

Rujukan:

DeBruin-Parecki, A. with Perkinson, K. & Ferderer, L. (January, 2000). Helping Your Child Become A Reader. U.S. Department of Education.

Related Books