Prof. Emeritus Dato' Dr. Aminah merupakan Pensyarah di Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bidang kepakaran beliau adalah Pendidikan Sains, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Brain-based Learning.
Kanak-kanak secara semula jadi adalah saintis. Mereka suka bertanya dan meneroka, bermain dan mencuba. Misalnya bermain air, pasir, batu, bongkah dan lain-lain. Sambil bermain mereka membanding dan mengelas objek mengikut warna, mengukur atau mengira. Sebenarnya inilah STEM yang bermula dengan pembelajaran Sains dan Matematik, menggunakan Teknologi dan Kejuruteraan untuk mereka cipta alat baharu dan seterusnya menggunakan alat itu untuk bermain.
Dari senario ini, Pendidikan STEM bukanlah susah untuk dilakukan di peringkat awal kanak-kanak. Ia telah pun berlaku. Guru hanya perlu memperluaskan skop pembelajaran sains kanak-kanak dan membimbing mereka ke arah yang lebih sistematik dan merangsang rasa ingin tahu semula jadi dalam diri mereka.
Apabila anda kreatif, anak-anak pun akan menjadi lebih kreatif!